Friday, 6 January 2012

0
Komen

Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya... ♥

Bagi tiap-tiap keadaan pasti ada kesannya, dan adakalanya hal yang tidak engkau sukai akan memperlihatkan kepadamu hal yang kau sukai kesudahannya..


Musthafa Mahmud pernah berkata :

"Aku merasa bahagia kerana aku adalah seorang yang sederhana. 
Penampilanku sederhana, kesihatanku seimbang dan kehidupanku sederhana.. Tetapi,
hal ini bermakna banyak bagiku, di mana aku terus terdorong dan dorongan itu adalah kehidupanku..
Dorongan sejati dalam diri kita adalah kebebasan hidup yang hakiki..
itulah modal utama yang menciptakan dan meluruskan kebahagiaan kita..

Sesungguhnya aku berdoa kepada Allah bagi para pembaca beberapa baris kalimah ini, 
semoga Allah menganugerahi kehidupan yang sederhana dan
memberikan sedikit dari segala sesuatu..
Inilah doa yang baik dan mulia, demi Allah Yang Maha Besar..

Ibuku seorang yang tidak mengerti apa itu falsafah..akan tetapi dia memiliki naluri yang jernih,
yang membuatnya mampu memahami ungkapan diatas tanpa membacanya.."

Percayalah kepada Allah jika engkau benar..
Berbahagialah Menghadapi Hari esok jika engkau bertaubat..


Suke? Leave a Comment k? ;)

No comments:

Post a Comment

BLOG INI ADALAH HAL MILIK PRINCESS. TINGGALKAN JEJAK SEKIRANYA MAHU SHARE ATAU UNTUK PRINCESS FOLLOW YEA ;) HAPPY ENJOY!